Followers

Thursday, December 31, 2009

Goodbye 2009... Welcome 2010!!!

Salam.

Ada banyak sangat perkara yang terjadi pada 2009. Memori indah, pahit manis, suka duka, semuanya! Just name it. One of my best year as a student. Walaupon sekarang sudah bukan student, tetap anggap macam student jugak.

2009...

Student life, gelak gila-gila dalam kelas. Presentation? owh, sangat indah!

teater yang happening sebab I jadi pempuan gedik!!!~

Classmate~


Zaman mude-mude~

Camwhore dalam kelas memang kegilaan kami~

Selain student life, zaman jadi MPP pun amatlah menarek. I will miss them all!


Bandung trip. Lasabella~

Sumpah I will miss U Nabilah!!!

Konflik? ~ ^___^

Kursus? Best!!!~

Kenangan lain? Sangat banyak. Sampai I susah nak describe.
Semua kenangan pahit, I akan simpan jadikan pedoman untuk masa depan!

Untuk tahun 2010, list berikut I akan cuba capai!!!
  • Nak jadi seorang pendidik
  • Nak sambar DSLR
  • Beli gitar baru. Gitar lama dah bagi anak sedara
  • Nak jumpa kawan blogger especially Ms. Independant!
  • Rajin letak gambar sendiri dalam blog (Eh, macam boleh abaikan yang ini =p)
  • Nak cari jodoh??? Tetttt!!!~
  • Nak..... (Ada banyak lagi. Tak dapat nak listkan)
Semoga apa yang I impikan akan tercapai. InsyaAllah!
Impian kamu kamu kamu dan kamu juga!!!

Love u all.
Muah Muah!~
Byeeeeee~

Wednesday, December 30, 2009

Candid Photo Contest


Salam. Oke, nak habes 2009 ni, semua pon nak wat contest. And I sangat excited nak join contest-contest ni semua. Saje je menghiburkan hati sendiri yang jarang terhibur ni. hahaha.

Kali ni, I nak join Candid-Photo-Contest! Contest ni I dapat tau daripada blog Rina Salleh. Memang gambar-gambar yang masuk semua cun oke. I memang tipis je peluang nak menang. Tapi, kalau ada rezeki, mana lah tahu kan. Urm, oke, gambar yang I pilih ni diambil dari kamera henfon I je. So, maafla kalau kurang terang ke, effect teruk ke. Sila jangan komplen ye. KEPADA SESIAPA YANG NAK JOIN, BOLEH KLIK GAMBAR DI ATAS ATAU KLIK SINI. Ye, SINI!!!

Gambar candid yang I pilih~

Kenapa I rasa gambar ni menarek? Sebab diorang berdua ni memang langsung tak sedar I capture gambar ni. Yang lelaki asyik sangat main game henfon. Yang si kecik tu, sangat asyik tengok cara game tu dimainkan. I sangat suka gambar ni. Nampak macam si kecik tu sangat manja. I tak boleh nak terangkan. Tapi, seriously, gambar ni I wajib tengok setiap hari (sebab wallpaper laptop I. HAHAHAHAHA)

puh kiri ~
puh kanan~
HEHEHE

Tak menang pun tak apa. Just I suka meriahkan semua contest-contest!!!~

Sunday, December 27, 2009

To All BLOGGER, THANKS!

Salam. Entry ini ada sedikit emosi. Sila pastikan anda kuat emosi. HAHAHAHAHA

Sepanjang I menjadi seorang blogger yang boleh dikatakan agak tegar walaupun I tak popular (I admit), I rasa something yang different telah berlaku kat diri I. I menjadi seorang blogger sejak 2004. Pada masa tu, I gunakan blogdrive. Lama. Sangat lama. Sehingga 2008. Then, I mula join blogspot pada tahun 2009. Tu pun dah pertengahan tahun. I kenal ramai rakan alam maya. I ni jenis suka baca blog orang. Tapi I jarang komen.

I dah berazam untuk 2010 nanti, I akan rajin mengomen kat blog orang. Hehehe.

Itu bukan persoalannya. Sebenarnya, I nak kongsi sikit dengan semua readers. I sedar kadang-kadang kita nak dikenali. Kita nak jadi blogger yang orang kata kita hebat. Kita nak ramai orang terjah blog kita. Tapi pada I, I puas hati bila I dapat kenal dengan blogger-blogger hebat lain. Untuk sampai ke tahap itu, I belum lagi. I tak pandai karang cerita. Bak kata Ah Fatt dalam satu entry dia yang lepas [klik SINI], setiap blogger ada trademark tersendiri. And so do I.

I akan cuba baiki kelemahan penulisan I, cerita I and also, I akan rajin mengomen dekat blog orang lain.

To all bloggers,

I sayang korang semua. Walaupun I tak pernah lagi jumpa dengan mana-mana blogger, I seronok sangat dapat kenal semua walau dalam alam maya ni. I memang nak join semua gathering. Cuma, tulah. I ni very low self-esteem. I kurang keyakinan diri. I selalu fikir negatif tentang diri I. hishhh.. Sesiapa yang ada idea n tips, tolonglah I oke.

I sangat-sangat berharap agar I dapat kenal dengan semua blogger. Maybe one day, perhaps! Thank you kepada semua blogger yang pernah singgah kat teratak buruk I ni atau akan singgah ke, thanks! I LOVE U ALL BEBEH!!!~


Regards,
Adeqq



p/s: I sangat cemburu melihat gambar-gambar gathering blogger. NAK JOIN!!! dush dush

Thursday, December 24, 2009

Contest-Scribbles-Song


Salam.

Sebenarnya I nak tunggu hari terakhir untuk join contest ni. Tapi, I sangat risau kalau lagu yang I nak dah ada orang pilih. Setelah berdiskusi dengan kawan-kawan I ditambah dengan dengar lagu yang sama berulang-ulang kali untuk kepastian, dah muktamad untuk I pilih lagu:


1234 by PLAIN WHITE T'S!!!


The reason I choose this song dan I merasakan lagu ni sesuai untuk blog Scribbleswithstyle adalah kerana,
  1. lagu ni tak berapa slow dan agak catchy.
  2. lirik lagu ni sesuai dengan pemilik blog Scribbleswithsyle
  3. lagu ni sweet macam pemilik blog Scribbleswithstyle!!!
Antara lirik dalam lagu ni yang betul-betul menarek minat I ialah;

Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4

There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you

sweet kan? ^___^

Blog Scribbleswithstyle ni best sebab entry-entry dia tak heavy. Easy going kata orang. Menarek hati I untuk terus membaca her latest entry. And, dia pandai buat ayat supaya jadi kelakar and sedih. One more thing, blog dia PINK!!! I like!!!

--------------------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------------

Oke, ini contest untuk memberikan lagu terbaik untuk blog Scribbleswithstyle. Sesiapa yang nak join, boleh klik sini.

Tuesday, December 22, 2009

Dan Sebenarnya...

Salam~

3 hari lepas. I gi Perak sebab kawan kahwin. Hari Sabtu and Ahad. So, dari Sitiawan nak cari jalan ke Kampar. Tak tahu jalan, bertanya lah kat stesen minyak. Terima kasih pakcik!

I pun teringat kisah cari jalan masa dekat Seremban tahun lepas. I nak bertanya la jalan ke kawasan perumahan. Masa tu kawan I kahwin. So, kitorang ternampak seorang mamat handsome pakai tie semua. Kitorang pun bertanya. Lebih kurang macam ni perbualannya:

I: Encik, tumpang tanya. Macam mana nak pergi Jalan A (I tak ingat nama Jalan)

Encik: Owh, senang je. Jalan terus, nampak masjid, pastu terus lagi, ada tadika sebelah kiri,
belok kanan, pastu belok kiri, belok kanan nampak kedai runcit.

I: Lepas tu encik?

Encik: Lepas tu korang terus lagi, pastu nampak simpang kanan, belok kanan, nampak simpang
kiri, belok kiri, terus lagi dalam 3km pastu belok lagi kanan, pastu belok lagi kiri......



(I dah pandang kawan I, kawan I pandang I. Dah pening. Betul ke tak?)

Lepas tu ada 2 orang lelaki datang. Dia kata:
"Maaflah cik. Ni abang kami. Dia baru lepas kematian isteri. Fikiran dia kurang sikit."

Kami:
"Takpe. Jaga abang elok-elok ye." dalam hati, laaaaa, orang gila rupanya!!!

Tak pasal-pasal kami bertambah pening. Sudahnya, kami berjaya sampai rumah pengantin pada jam 4.40 petang. Makanan habis! Nasib ada makanan pengantin. Kami bedal je. HAHAHAHA

Thursday, December 17, 2009

Saya taknak banyak...

Saya Nak SEMUA!!!~

Salam. Dalam dunia ni, kalau boleh kita nak semua kan? Memang nampak macam tamak. Tapi itu adalah hakikat sebab kita memang manusia yang sentiasa nak banyakkkkkkkk. Cuma, kadang-kadang manusia ni dia tak sedar. Ada depan mata diabaikan, bila hilang, sibuk-sibuk nak cari kenapa?

Oke, entry ni bukan luahan perasaan pun. Saje nak berbincang dengan semua blogger. Persoalannya, kenapa kita susah sangat nak luahkan perasaan pada seseorang? Nak cakap kita sayang kawan kita pun kita segan. Kenapa bila orang tu dah tiada baru kita nak luahkan?

Sebab tu, kita digalakkan untuk beritahu pada orang-orang yang kita sayang, bahawa kita sayangkan mereka. Contoh: "Kakak, adik sayang kat akak!" Boleh kan? Marilah sama-sama kita memberitahu kepada orang orang yang kita sayang apa sahaja perasaan kita.....


.......................................................................................before it's TOO LATE!~





*sekadar gambar hiasan menunjukkan kasih sayang* ^___^

Monday, December 14, 2009

This is a Story of a Girl

*penceritaan agak skema kerana ingin memastikan mutu dan jalan cerita*

Salam. I nak bercerita sikit tentang kisah seorang perempuan. Macam tajuk itulah. 'Gadis ini' saya namakan sebagai T. T seorang yang pandai. T cantik. T boleh dikategori sebagai wanita muslimah. Zaman sekolah, T mendapat keputusan cemerlang. T seperti gadis lain juga. Ingin merasa manisnya bercinta. Semasa T melanjutkan pelajaran ke MRSM, T bertemu dengan seorang lelaki yang berjaya memikat hatinya. Mereka bercinta tetapi jarang berjumpa. Alhamdulillah. Lepas dari fitnah.

T kemudiannya tamat SPM. Meneruskan lagi pengajian dan akhirnya berjaya mendapat tempat di University Auckland. Si Arjuna pula ke United Kingdom. T mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia. Manakala Si Arjuna mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Bercinta melalui internet sahaja. Kalau nak berjumpa perlu ada duit yang banyak. Jauh tu UK dengan New Zealand.

Sesudah Si Arjuna menamatkan pengajian, mereka berjanji untuk mengikat hubungan mereka dengan bernikah. 2 minggu sebelum bernikah, T pulang ke Malaysia untuk membuat persiapan. Tepat pada hari pernikahan, mereka pun bernikah pada jam 10 pagi.

Namun, pada jam 11.30 pagi, Si Arjuna yang telah bergelar suami ingin pulang ke rumah bersama kedua ibu bapanya untuk persiapan lainnya. Tepat jam 1.05 tengahari. T mendapat berita tentang kemalangan Si Arjuna bersama ibu dan bapa mertuanya yang baru sah 3 jam yang lalu. Mereka semua disahkan meninggal di tempat kejadian.

Tinggal lah T keseorangan. Menangis. Pilu. Sedih. Sayu. Tragis. Sadis.

To all readers, mari berdoa untuk Arwah Si Arjuna (Mohd Ariff Abd. Kadir) dan ibu bapanya yang maut dalam nahas ngeri Jumaat lalu. I sangat sedih semasa menaip kisah ni. I menangis depan laptop. I doakan T (Teh Affifah Shahirah Abd Hamid) sentiasa tabah. Percayalah, ada hikmah di sebalik semua ini.

Al-Fatihah.

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Mengapa Usah di Tanya

..... Mengapa Kenapa oh Tiada Bezanya .....
(peewiit, suara mcm Dayang Nurfaizah umur 3 tahun. hahaha)

Salam semua~ Tahu tak siapa yang suka collect duit berdasarkan nombor? Macam suka kalau duit tu ada nombor cantik? Tak tahu nombor duit? Ala, macam ni:-


I memang nak cari siapa yang suka kumpul nombor kat duit ni. Sebab I ada duit RM50 yang mempunyai no yang memang cantik!!~ Sebenarnya, I memang tak tahu kenapa diorang sangat suka mengumpul duit dan excited dengan nombor yang menarik tu.

Ada satu ketika tu kan, time I on the way nak ke Shah Alam. Kebetulan pulak Touch n Go tak bawa. So, nak bayar cash. I pun keluarkan duit kertas RM 1 sebanyak 2 keping. Time dekat kaunter tol, kawan I belek duit tu dan nampak nombor sangat cantik. Sanggup dia suruh akak tu tunggu sekejap nak cari duit lain sebab tak nak bagi duit tu. Apakah?

Jadinya, kalau anda ada kawan yang memang mengumpul duit kertas ni, I nak jual duit RM50 I tu dengan harga yang bersesuaian. Sebab memang nombor dekat duit I tu cantik. I percaya kalau Chinese mesti nak beli. Hehehe.

Kenapa I nak jual? Kenapa Mengapa Usah Ditanya... ^__^

Friday, December 4, 2009

tak terer tapi nak jugak join

Salam. Nak tahu tak? 19 Disember nanti adalah 'birthday' kawan I. Nama dia Ween. Kenal tak? Tak kenal buat-buatlah kenal. I dah 18 hari berfikir nak bagi dia apa untuk bithday nanti. Sebenarnya, I ingat nak bagi dia pakej percutian ke Langkawi. Tapi, I ada satu tiket je. Tak kan lah dia nak pergi sendiri pula. Lepas itu, I nak bagi la dia handphone. Tapi, I tak ada duit. Macam mana?

Setelah puas I fikir selama 18 hari 12 jam, I pun mendapat satu idea menarik. Memandangkan I memang tak mempunyai duit yang cukup untuk memberi dia hadiah yang mahal, I hanya mampu bagi ni je;

(klik untuk menjelaskan pandangan anda~)

Ha, ni je la yang I mampu bagi; 'Simple Birthday Card'!!!

I akan laminate kad ni and post kepada Ween. I ada 5 sebab kenapa I nak bagi this present dekat Ween;

  1. I tak pandai nak pilih hadiah. Nanti dia tak suka pula.
  2. I tak mampu nak bagi hadiah yang mahal.
  3. I nak bagi sesuatu yang dia boleh simpan and ingat I.
  4. I nak dia hargai persahabatan walau dengan siapa pun.
  5. Supaya Ween sentiasa tersenyum tengok kad ni sebab kad ni ada gambar-gambar Ween yang comel.
Done! I harap sangat Ween akan suka hadiah ni. (Gambar kat atas ni tak clear. Yang real punya sangat clear and cantik. I suka! Tak sabar nak bagi Ween)

------------------------------------------Tamat------------------------------------------

Untuk pengetahuan semua, entry ini khas untuk contest kat blog Ween. Kalau nak join, sila klik sini. Entry ni cuma karangan biasa je. Nak memeriahkan contest sahaja. Tapi, kalau ada rezeki, InsyaAllah kan? *wink*

Thursday, December 3, 2009

If it is so simple, DO IT!!

Salam. Oke, sudah selamat post semua hadiah. Kalau dah sampai nanti sila-sila la inform oke.

-------------------Tutup kisah contest.---------------

Lately ni, I macam sangat teruja nak update blog. Bukan ada cerita menarik pun. As usual, I ni kan suka berkongsi dengan blogger-blogger lain tentang informasi informasi menarik. So, kali ni, I baru dapat satu info yang memang I nak sangat share dengan semua blogger.

SMILE @ SENYUM

Satu perkara yang sangat mudah. Anda hanya perlu menggerakkan sedikit bibir anda agar kelihatan manis, dan anda dah dilihat sebagai 'sedang tersenyum'. MUDAH! Then, kenapa masih ada lagi manusia yang susah sangat nak senyum? Ok, I faham, kalau senyum sorang-sorang orang anggap gila pula kan. Tapi, kalau dah namanya jaga kaunter, then ada orang datang nak bayar, salah ke kamu senyum pada orang tersebut? Perlu ke menayangkan muka yang macam nak telan orang itu?

Senyum itu indah. Tahu tak orang yang tersenyum tu hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka ketika kamu kerutkan dahi. Jadi apa lagi? Senyumlah!

Ok, sebenarnya I agak marah dengan beberapa orang yang tak tahu atau pura-pura tak tahu faedah senyum ni. Dah namanya jaga kaunter bayaran, TOLONGLA SENYUM! I pergi one so-called-hypermarket ni. Seorang perempuan cantik jaga kaunter. Tapi muka memang tak senyum. Ok, I faham mungkin dia tak pandai nak senyum atau memang semulajadi muka macam tu ke hape kan. But at least, bila customer senyum kat kamu, senyum la balik. Sebab memang sepatutnya ORANG YANG JAGA KAUNTER MESTI BELAJAR UNTUK SENYUM PADA CUSTOMER!!! Betul tak? Betul betul betul... T_____T

So, mari senyum. Senyum kan boleh turunkan suhu kemarahan. Senyum juga kurangkan darjah kesedihan. Senyum tak boleh dibeli tapi sangat berharga. Dan, SENYUM itu Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W. =)

Mari la senyum.