Followers

Wednesday, June 30, 2010

Tak semua orang suka kita

Salam.

Hai hai. I dapat a few comments membina untuk penulisan I dalam entry lepas. Maybe I boleh cuba menulis lagi dengan lebih baik. Mana tahu, I boleh terbitkan buku? HAHA. Berangan itu penting ok.

Ha, berbalik kepada tajuk entry. Macam serius kan? Tak ada lah serius mana. Cuma, I sekadar nak berkongsi. Kan blogging is for sharing. Apa guna ada blog tapi tak mahu berkongsi kan? Dimulakan dengan ayat ini:

INI HANYA PANDANGAN JUJUR PENULIS. BOLEH HENTAM KALAU KAMU MAHU. TIDAK MERUJUK KEPADA SESIAPA.

Cuba perhatikan tajuk entry. Tak semua orang suka kita. Cuba nilai balik. Kalau diputar sedikit ayat tu, kita akan dapat, Tak semua orang kita suka. Setuju? Bermakna, kalau kita sendiri ada perasaan tidak suka seseorang, mungkin gaya dia, cara pandangan, cara percakapan malah cara penulisan, mengapa kita perlu risau kalau ada orang yang tidak suka kita atas dasar yang sama?

Setiap orang ada kelemahan, ada kekuatan. Jangan ingat kita sentiasa akan disukai. Entah-entah, kita menulis ni pun, ada yang tak suka kita. Cuma, sebagai kawan, kita harus belajar memahami apa kehendak kawan kita.

Sebagai contoh. Kalau orang tu kata dia busy, atau dia nak keluar, bagi la ruang kepada dia. Jangan tanya sampai 10 soalan kemana, nk buat apa, dengan siapa, naik apa, agak-agak sampai pukul berapa dan sebagainya! HUH! Annoying la. Cuba bersikap biasa-biasa sahaja. InsyaAllah, kita akan disukai.


Ingin berkongsi lirik. Seperti biasa. ^___^

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua

Sebelum memulakan sesuatu, mulakan dengan salam. Jangan main HOI. Tak baik untuk kesihatan jantung dan juga telinga. =p

Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa

Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Sebab tu I kata, bersederhanalah. Baru lah hidup ni indah. Cara kamu dan aku mungkin sama tapi akan ada bezanya.

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Jauhkan pandangan. Jangan hanya pandang yang dekat sahaja. Lepas tu, nak menjatuhkan orang lain. Tak perlu semua tu. Aim untuk diri sendiri. Kita tak kacau orang, orang pun tak kacau kita. Kan? ^___^

Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku

Bulan jauh? Tapi ada angkasawan dah sampai. Bermakna, benda yang sejauh itu pun mampu dicapai. Naik turun kita, hanya kita sahaja yang tahu. Orang lain tak berhak buat keputusan untuk pihak kita.

Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula

Kawan, persahabatan, sahabat semua tu penting. Bila kita jatuh, jangan cepat mengeluh. Bangun dan belajar lagi. Sama-sama bersahabat, tolong menolong lah sesama kita.

Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju

Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Teruskan berlari. Kejar bintang yang kau mahu itu. Jangan asyik fikir siapa suka kita, siapa benci kita, siapa kita tak suka, siapa yang kita benci. Lebih baik fikirkan AIM kita.

Yang lebih penting, disukai ALLAH. =)

Monday, June 28, 2010

Mencari yang Dicari

Salam.

Entry ini sekadar nukilan hati jam 5.24 pagi tadi. Masih belajar untuk memperbaiki penulisan. Maafkan penulis jika terdapat kesilapan. ^___^

Seringkali kita terbejat dengan persoalan-persoalan hidup yang sukar dirungkai. Adakala kita menerima dengan redha, adakala kita mempersoalkan kenapa. Lebih banyak menyoal aku kira. Didatangi masalah bertimpa, buat kita sering terlupa, pada siapa hendak mengadu, pada siapa hendak meratap hiba. LUPA! LALAI! Entah mana silapnya.

Itulah manusia. Yang dijadikan cukup sempurna, lengkap dengan akal fikiran, masih terabai dengan paradigma dunia. Masih terlupa pada janji dengan Pencipta. Bukankah DIA sudah tetapkan kemana hala? Mengapa masih mahu mengubah rentak perjalanannya? Hebat sangatkah kita?

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

Lirik itu mungkin memberi kesan, mungkin juga tidak. Cubalah cari relevan nya. Mungkin anda berjumpa dengan SESUATU. ^___^

p/s: so, boleh komen! I tak pandai sangat menulis. Sekadar mencuba. =)

Thursday, June 24, 2010

Fynn Jamal memang TERBAEK!

Salam.

Tajuk entry macam tak ada kena mengena dengan entry. HAHA. Cuma nak beritahu, I dah FALL IN LOVE dengan lagu-lagu Fynn Jamal terutama lagu 150 JUTA. Pergi download sekarang! Cari lirik dia. Memang best kuasa tiga~ ^__^

Oke, abaikan kisah itu. Pernah makan sambal belacan? Lagi pedas, peh lagi sedap beb! Terangkat. Lagi-lagi kalau dapat menu macam bawah ni. FUHHH!~

sambal belacan memang menarik!~


Ni lagi terbaekk!~ Rindu nak sambal belacan Mama @____@


Harap maklum. Tengah lapar. Tu yang entry makanan je. HEHE

SAMBAL BELACAN ni best!~ Pedas tapi sedap! Lagi pedas lagi sedap! SETUJU? ^__^

Macam tu juga CINTA. Lagi bergaduh, lagi bahagia. HAHA. Lagi menangis sampai berjurai-jurai airmata, lagi la dia suka. Tak bergaduh tak sah. Walau macam mana, kalau dah namanya cinta, tetap akan sayang juga kan.

Cinta tak seharusnya dinilai dari luaran. Tak semestinya kamu harus berjumpa, tenung mata, lirikan manja, meliuk lintuk semua baru boleh bercinta. Kadang-kadang, tak berjumpa pon kita boleh jatuh cinta. SETUJU?

Macam sambal belacan. Rupa bukan menarik. Tapi sedap. Sama juga macam cinta. Kalau hanya dari luaran, itu bukan cinta. Itu nafsu ye. Kesimpulannya kat sini, jangan ingat dalam alam maya tak boleh bercinta. Kadang-kadang, dengan hanya dari penulisan, dari suara, dah boleh jatuh cinta.

I dah mengalaminya. Anda? ^__^


p/s: Ini bukan entry jiwang. Harap maklum. =p

Sunday, June 20, 2010

Nasihat Aku Untuk KAMU

Salam.

Agak lama tidak update. I rasa macam malas sangat nak membuka laptop. Tapi, tiba-tiba I rasa rajin pulak! HAHA. Cakap berbelit macam ular sawa kan? Well. =p

Ok, kita serius sekarang. Pernah tengok BOOMERANG? Macam ni.



Boomerang ni, kalau kita lemparkan, dia akan patah balik pada kita. Silap-silap, kena kat diri sendiri balik. Seronok tengok orang main boomerang ni. Sebab mereka akan sangat fokus and alert. Bagus bagus.

Kehidupan kita pun macam tu kan? Sesuatu yang kita campak, yang kita taknak, mungkin akan kembali balik kat kita. Hidup ni macam boomerang. Apapun, akan kembali balik. Sebab tu kita kena hadapi dengan senyuman setiap rintangan yang sampai pada kita. Jangan campak rintangan tu, sebab dia akan kembali balik. Hadapi dengan senyuman.

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
selagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
setakat ini,
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya


So, apapun yang berlaku dalam kehidupan kita, jadilah kuat. Jangan selalu meratap nasib. Kan tak bagus. Sebab, kita kena sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan apa sahaja yang hadir depan mata kita. Sentiasa ingat! HIDUP SEPERTI BOOMERANG.


p/s: I rasa banyak quote I dapat minggu ni. Nanti esok I kongsi lagi oke.

Wednesday, June 16, 2010

Misteri+Chenta

Salam.

Ada orang kata I ni MISTERI. Ada orang kata I jenis tak campur orang. Ada orang kata I konon berlagak. Ah! Biarlah apa orang kata. Ada I kesah?

Urm, bukan. I bukan berlagak. I bukan tak campur orang. I sangat sayang semua kawan-kawan I. Tipu la kalau kata I tak hangout keluar berjimba-jimba semua. I jenis yang susah nak dedahkan siapa I. I tak ada apa yang istimewa. I menulis untuk kepuasan. Siapa baca, siapa tak baca, I tak kisah. So, kalau ada org kata I ni berlagak taknak hangout dengan blogger ke apa, I cukup terasa. Tapi, I tak marah. I cuma akan kata, nanti I akan tunjukkan siapa I.

Tukar topik, beberapa hari lepas, ayah I tanya, "agak-agak bila nak langsung?" Ah! Sudah! I calon pun tak ada. Umur baru 22. Agaknya ramai kawan-kawan I dah kahwin kot. Adess! Seriously I macam terdiam masa tu. Taktau nak jawab apa. Sampai I terfikir. Macam mana nak kahwin? Ada orang nak ke? I dahla gengster. HAHA

Harini, I tengok Coffee Mate Nota Cinta. Farid Mofasad suruh tengok. Awal-awal I macam malas. Bila dah tengok, gian! Memang jiwang! Memang best. Satu perkara yang I belajar, "Cinta itu sentiasa ada, cuma kita menyemarakkannya." Tapi, kalau tak ada Cinta, mana nak cari? HAHA

InsyaAllah. Tulang rusuk sebelah lagi ada tu. Cuma belum jumpa. Kan? Ada blogger nak cuba line? HAHAHAHA.

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

"sememangnye untuk berubah,
semuanya terpulang kepade kite,

ape pun takkan menjadi
kalo kite hanye berdiam diri dan mengharapkan sesuatu
kerana setiap perubahan memerlukan permulaan

sama ada permualaan daripada dia ataupun kita sendiri"


p/s: Terasa nak bergayut la malam ni! Siapa nak gayut dengan I? HEHEHE

Monday, June 14, 2010

Bila Otak dah Tepu.....

Salam.

Sumpah tak ada idea nak update blog. Tapi, macam harus update. HEHE. Ada orang kutuk I tak pandai update blog. Idea I tak gila-gila. Yela, nak wat macam mana. I dah cuba mengeluarkan idea. Tapi, tak jadi pulak. HUHU. Bila dalam penulisan, I tak boleh nak gila-gila sangat. Tak berapa pandai nak mengarang. (Kepada orang yang kutuk I tu, majuk!)

I betul-betul tengah mengalami masalah otak tepu. I tak ada langsung idea nak update. Sebab semua yang berlaku sepanjang minggu lepas sangat biasa sampai tak boleh nak update dalam blog. HAHA. Eh, tadi I terjumpa email yang menarik! Macam nak kongsi dengan anda semua.

Sila tengok!





I menjerit oke dalam ofis! Benci! Siapa yang hantar ni!!!

Eh, teringat dekat seorang rakan blog. Lama sangat tak message dengan dia. Rindu! Tapi nak buat macam mana. I taktahu apa salah I. Sebab dia macam ignore I. Bila I tanya, dia tak reply. I dah cuba dah YM dia. Sampai sekarang, apa lah salah I agaknya. Sedih! (dia adalah blogger)

Lagi seorang, lama dia tak jengah rumah I. Maybe sebab dia pun busy. Lama juga dia tak menempek komen dekat blog I.

Kadang-kadang, kita tak sedar kalau kita ada buat salah. Cuma, kalau kawan-kawan kita ada buat salah dengan kita, kita kena beritahu dekat kawan kita. Jangan sampai kawan kita tertanya-tanya, kenapa tak layan dia dah, kenapa avoid dia. Berdosa membiarkan hubunganb persahabatan terbiar tanpa disirami kasih sayang. Kalau betul kawan tu ada salah, tegur la. Beritahu. Ni, ignore je. Sangat berdosa. Walaupun rakan blogger, kawan juga kan? Sahabat kan? Tingginya martabat sahabat itu, sama-sama lah kita jaga. ^___^

Friday, June 11, 2010

Penangan FIFA!

Salam.

I memang tak cukup masa nak menaip sekarang ni. Sangat tak ada masa. Event datang bertimpa timpa. Lepas satu, satu. Sehingga akhir November, baru boleh bernafas seperti biasa agaknya. Curi-curi masa jugak nak menaikkan entry. HUHU

Malas nak cerita panjang, nah!

Encik MESSI! Oke, I likeeeee Messi. Tapi, I tak suka Argentina. Macam mana? HAHA



YES! Ini I lagi suka. Likeeee sangat2! KAKA!


And I sokong BRAZIL! Yeah! Oke, bermulalah hidup bersengkang mata. Siang kerja, malam mengadap TV~ Siapa kata perempuan tak tengok bola? Silap orang laaa! HAHA


p/s: Semalam ada seorang kawan mengaku dah pernah terlanjur. Tapi, dia nak isteri nanti yang masih dara. Padahal dia dah tak teruna. ISH!

Wednesday, June 9, 2010

Jangan menilai air teh o dari warnanya!

Salam.

Kan kalau ada kenduri kahwin, kita mesti fikir nak pakai baju apa kan kan kan? I pun ada masalah yang sama. Selalu susah nak fikir pakai baju apa. Akhirnya, I pilih la satu baju nih. Nak dijadikan cerita, baju yang I pakai tu, sama tema dengan pengantin. Apa lagi, melaram lah macam family pengantin. Ok, ini tiada kaitan dengan entry. HAHA

I masa tu datang berempat. Tiga perempuan seorang lelaki. Masa pengantin lelaki sampai, sorang kawan I ni kata, eh, hensem lah pengapit! Kitorang pun pakat tengok. Yup. Memang hensem! Sekali, ada sorang geng-geng makcik yang mulut tak boleh blah. Dia cakap camni, "Hish anak dara mulut tak jaga. Patut lah tak kahwin-kahwin. Gatal tengok ke laki rupanya. Ha, yang pakai baju pink ni (kawan I yang sorang lagi), macam dah jatuh je belakang tu. Ada dara lagi tak?" Sorang lagi makcik sambut, "Entah-entah dah kena tebuk."

Kawan I yang baju pink dengan selamba badak jawab. "Ha'ah dah kena tebuk dah. Tu laki saya. (sambil tunjuk kat suami dia yang ikut sekali kitorang)." Terus terdiam makcik bertiga tu. Hish! Entah ape-ape la! Mulut longkang betul! Mentang-mentang la kawan I tu kecik je macam belum kahwin. Ala, kalau yang belakang tu jatuh, tak semestinya dah kena tebuk la! Mungkin memang Allah dah jadikan dia punya kecik. Tak mantap. Nak buat macam mana. HISH!

Kita selalu kata, "Ish, bapak dia mencurik. Anak mesti jahat jugak." Kenapa perlu nilai orang dari segi keturunan? Atau, "Badan cun,mantap,sedap, mesti da kena tebuk dah." Kenapa perlu nilai orang dari fizikal?

Jangan lupa, awak menilai orang, dalam masa yang sama, orang pun menilai awak tahu! So makcik-makcik kepoh, jangan sampai orang nilai anak-anak makcik ya. Kami ni nasib lah agak sopan tak pandai nak sembur orang. Kalau dapat yang pandai sembur, memang makcik yang malu kat situ.

Akhir kata, JANGAN MENILAI AIR TEH O DARI WARNANYA! (Kan warna teh o macam pucat je, tapi rasa sedap! HEHE)


p/s: Kepada dia, "Awak, sorry semalam credit abis. Nanti kite topup jap lagi. HUHU"

Monday, June 7, 2010

Perempuan Lebih Berhemah semasa Memandu?

Salam.

Mungkin tajuk entry ni mengundang perasaan BANGGA di kalangan wanita. Mungkin? Mungkin tidak. HAHA. Oke, jangan merapu. Macam ni, I selalu ke sana ke mari menguruskan hal kerja dan hal bukan kerja (eceh.) So, I akan dapat lihat macam-macam gelagat pemandu especially pemandu wanita. Mereka memandu dengan sangat berhemah. Kenapa I kata mereka berhemah?

1. Mereka sentiasa memberi signal walaupun ingin memandu masuk ke rumah sendiri.
2. Mereka akan memberi laluan kepada kereta-kereta lain terutama kereta besar dan pemandunya lelaki bermuka bengis.

YA! Itulah pemandu wanita. TETAPI! Tak semua. Kalau yang memandu kenderaan mewah macam BMW, Audi, mereka akan memandu dengan agresif. Memotong sana, memotong sini. Cilok memang baiikkk punya. Bagi high beam dari jarak 100 meter. Kalah lelaki.

Kenapa I buat entry ni? Sebenarnya, semalam, I pergi UIA PJ. Jumpa anak buah. Ada satu kereta, dekat federal highway, bawak sangat sopan. Mungkin 60Km/j. Itu bukan masalahnya. Masalahnya, dia bawak dekat lorong paling kanan. Bagi high beam taknak ketepi. Memang bole bikin orang panas sangat la. Kepada empunya kenderaan viva yang berkenaan, anda memang sopan. Tapi kalau boleh, sila ke lorong hujung kiri atau tengah ye. Terima kasih!

Kesimpulannya, memang perempuan bawak lebih berhemah. Tapi, kalau terlalu berhemah sangat, silap orang la! Memang cari pasal dengan I. HAHA.



p/s: Sumpah tengah down. Kerja keras tak dihargai! Pastu nak bawak cerita bukan-bukan.

p/s 2: Ramai rakan blog dah menghilang. Tutup blog, senyap, sunyi. Kenapa tiba-tiba? Kenapa bila I dah mula happy dengan dunia maya, korang semua hilang? =(

p/s 3: Raya nanti nak buat trip pergi rumah blogger la. Sape nak ikot? ^___^


Ok, bye~

Thursday, June 3, 2010

Kalau Dah Bosan @____@

Salam.

Dunia ni bulat.
Kadang-kadang kita di atas.
Kadang-kadang kita di bawah.
Selalunya memang kita di bawah. =P

Putaran hidup tetap akan berlaku.
Kau tak boleh selamanya di takuk lama.
Dan kau tak boleh anggap kedudukan kau sekarang dah cukup selesa.
Kau ingat Tuhan akan bantu kau tanpa kau berusaha?

Dah lama I tak berpuisi. Skill dah semakin teruk. Owh! Harus belajar lagi. Ada sesiapa sudi ajarkan? Free of charge ye. I tak ada duit la nak bayar caj perkhidmatan. HAHA.

Boleh tak I nak tamatkan entry ni? Macam dah petang je. Nak balik rumah. Opis ada hantu! Takuttt. Ok, sekian. Tata. ^____^

Wednesday, June 2, 2010

Kami Blogger Picisan Menentang Israel Laknat

Salam.

Entry ni pendek. I just nak bersama-sama dengan blogger-blogger lain untuk membantu sekadar yang termampu. I tahu blog ni bukan blog yang sentiasa dikunjungi. Tapi, I tetap nak menyumbang sedikit. Sebab I tergolong dalam blogger picisan ni juga.

Kawan-kawan,

Cuba tengok gambar-gambar ni.


Astahgfirullah! Memang kejam kan ISRAEL? Mari kawan-kawan. Kita bantu setakat yang termampu. Sedekahkan doa untuk mereka. Agar mereka boleh hidup seperti kita semua. InsyaAllah.

Untuk bantu mereka, mari ramai-ramai kita letak 2 header seperti di bawah ni dekat header blog masing-masing atau kat sidebar. Macam I, blog I tak boleh letak header. So, I letak dekat side bar sahaja.


Kami Blogger Picisan Menentang Israel Laknat

Doa Qunut Nazilah:

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Yaa Allah Yaa Allah Yaa Allah Ya Allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab,Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkanlah mereka Kalahkanlah mereka Kalahkanlah mereka Dan menangkan kami ke atas mereka… Amin2 ya rabbal alamin…