Followers

Thursday, December 31, 2009

Goodbye 2009... Welcome 2010!!!

Salam.

Ada banyak sangat perkara yang terjadi pada 2009. Memori indah, pahit manis, suka duka, semuanya! Just name it. One of my best year as a student. Walaupon sekarang sudah bukan student, tetap anggap macam student jugak.

2009...

Student life, gelak gila-gila dalam kelas. Presentation? owh, sangat indah!

teater yang happening sebab I jadi pempuan gedik!!!~

Classmate~


Zaman mude-mude~

Camwhore dalam kelas memang kegilaan kami~

Selain student life, zaman jadi MPP pun amatlah menarek. I will miss them all!


Bandung trip. Lasabella~

Sumpah I will miss U Nabilah!!!

Konflik? ~ ^___^

Kursus? Best!!!~

Kenangan lain? Sangat banyak. Sampai I susah nak describe.
Semua kenangan pahit, I akan simpan jadikan pedoman untuk masa depan!

Untuk tahun 2010, list berikut I akan cuba capai!!!
  • Nak jadi seorang pendidik
  • Nak sambar DSLR
  • Beli gitar baru. Gitar lama dah bagi anak sedara
  • Nak jumpa kawan blogger especially Ms. Independant!
  • Rajin letak gambar sendiri dalam blog (Eh, macam boleh abaikan yang ini =p)
  • Nak cari jodoh??? Tetttt!!!~
  • Nak..... (Ada banyak lagi. Tak dapat nak listkan)
Semoga apa yang I impikan akan tercapai. InsyaAllah!
Impian kamu kamu kamu dan kamu juga!!!

Love u all.
Muah Muah!~
Byeeeeee~

Wednesday, December 30, 2009

Candid Photo Contest


Salam. Oke, nak habes 2009 ni, semua pon nak wat contest. And I sangat excited nak join contest-contest ni semua. Saje je menghiburkan hati sendiri yang jarang terhibur ni. hahaha.

Kali ni, I nak join Candid-Photo-Contest! Contest ni I dapat tau daripada blog Rina Salleh. Memang gambar-gambar yang masuk semua cun oke. I memang tipis je peluang nak menang. Tapi, kalau ada rezeki, mana lah tahu kan. Urm, oke, gambar yang I pilih ni diambil dari kamera henfon I je. So, maafla kalau kurang terang ke, effect teruk ke. Sila jangan komplen ye. KEPADA SESIAPA YANG NAK JOIN, BOLEH KLIK GAMBAR DI ATAS ATAU KLIK SINI. Ye, SINI!!!

Gambar candid yang I pilih~

Kenapa I rasa gambar ni menarek? Sebab diorang berdua ni memang langsung tak sedar I capture gambar ni. Yang lelaki asyik sangat main game henfon. Yang si kecik tu, sangat asyik tengok cara game tu dimainkan. I sangat suka gambar ni. Nampak macam si kecik tu sangat manja. I tak boleh nak terangkan. Tapi, seriously, gambar ni I wajib tengok setiap hari (sebab wallpaper laptop I. HAHAHAHAHA)

puh kiri ~
puh kanan~
HEHEHE

Tak menang pun tak apa. Just I suka meriahkan semua contest-contest!!!~

Sunday, December 27, 2009

To All BLOGGER, THANKS!

Salam. Entry ini ada sedikit emosi. Sila pastikan anda kuat emosi. HAHAHAHAHA

Sepanjang I menjadi seorang blogger yang boleh dikatakan agak tegar walaupun I tak popular (I admit), I rasa something yang different telah berlaku kat diri I. I menjadi seorang blogger sejak 2004. Pada masa tu, I gunakan blogdrive. Lama. Sangat lama. Sehingga 2008. Then, I mula join blogspot pada tahun 2009. Tu pun dah pertengahan tahun. I kenal ramai rakan alam maya. I ni jenis suka baca blog orang. Tapi I jarang komen.

I dah berazam untuk 2010 nanti, I akan rajin mengomen kat blog orang. Hehehe.

Itu bukan persoalannya. Sebenarnya, I nak kongsi sikit dengan semua readers. I sedar kadang-kadang kita nak dikenali. Kita nak jadi blogger yang orang kata kita hebat. Kita nak ramai orang terjah blog kita. Tapi pada I, I puas hati bila I dapat kenal dengan blogger-blogger hebat lain. Untuk sampai ke tahap itu, I belum lagi. I tak pandai karang cerita. Bak kata Ah Fatt dalam satu entry dia yang lepas [klik SINI], setiap blogger ada trademark tersendiri. And so do I.

I akan cuba baiki kelemahan penulisan I, cerita I and also, I akan rajin mengomen dekat blog orang lain.

To all bloggers,

I sayang korang semua. Walaupun I tak pernah lagi jumpa dengan mana-mana blogger, I seronok sangat dapat kenal semua walau dalam alam maya ni. I memang nak join semua gathering. Cuma, tulah. I ni very low self-esteem. I kurang keyakinan diri. I selalu fikir negatif tentang diri I. hishhh.. Sesiapa yang ada idea n tips, tolonglah I oke.

I sangat-sangat berharap agar I dapat kenal dengan semua blogger. Maybe one day, perhaps! Thank you kepada semua blogger yang pernah singgah kat teratak buruk I ni atau akan singgah ke, thanks! I LOVE U ALL BEBEH!!!~


Regards,
Adeqq



p/s: I sangat cemburu melihat gambar-gambar gathering blogger. NAK JOIN!!! dush dush

Thursday, December 24, 2009

Contest-Scribbles-Song


Salam.

Sebenarnya I nak tunggu hari terakhir untuk join contest ni. Tapi, I sangat risau kalau lagu yang I nak dah ada orang pilih. Setelah berdiskusi dengan kawan-kawan I ditambah dengan dengar lagu yang sama berulang-ulang kali untuk kepastian, dah muktamad untuk I pilih lagu:


1234 by PLAIN WHITE T'S!!!


The reason I choose this song dan I merasakan lagu ni sesuai untuk blog Scribbleswithstyle adalah kerana,
  1. lagu ni tak berapa slow dan agak catchy.
  2. lirik lagu ni sesuai dengan pemilik blog Scribbleswithsyle
  3. lagu ni sweet macam pemilik blog Scribbleswithstyle!!!
Antara lirik dalam lagu ni yang betul-betul menarek minat I ialah;

Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4

There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you

sweet kan? ^___^

Blog Scribbleswithstyle ni best sebab entry-entry dia tak heavy. Easy going kata orang. Menarek hati I untuk terus membaca her latest entry. And, dia pandai buat ayat supaya jadi kelakar and sedih. One more thing, blog dia PINK!!! I like!!!

--------------------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------------

Oke, ini contest untuk memberikan lagu terbaik untuk blog Scribbleswithstyle. Sesiapa yang nak join, boleh klik sini.

Tuesday, December 22, 2009

Dan Sebenarnya...

Salam~

3 hari lepas. I gi Perak sebab kawan kahwin. Hari Sabtu and Ahad. So, dari Sitiawan nak cari jalan ke Kampar. Tak tahu jalan, bertanya lah kat stesen minyak. Terima kasih pakcik!

I pun teringat kisah cari jalan masa dekat Seremban tahun lepas. I nak bertanya la jalan ke kawasan perumahan. Masa tu kawan I kahwin. So, kitorang ternampak seorang mamat handsome pakai tie semua. Kitorang pun bertanya. Lebih kurang macam ni perbualannya:

I: Encik, tumpang tanya. Macam mana nak pergi Jalan A (I tak ingat nama Jalan)

Encik: Owh, senang je. Jalan terus, nampak masjid, pastu terus lagi, ada tadika sebelah kiri,
belok kanan, pastu belok kiri, belok kanan nampak kedai runcit.

I: Lepas tu encik?

Encik: Lepas tu korang terus lagi, pastu nampak simpang kanan, belok kanan, nampak simpang
kiri, belok kiri, terus lagi dalam 3km pastu belok lagi kanan, pastu belok lagi kiri......



(I dah pandang kawan I, kawan I pandang I. Dah pening. Betul ke tak?)

Lepas tu ada 2 orang lelaki datang. Dia kata:
"Maaflah cik. Ni abang kami. Dia baru lepas kematian isteri. Fikiran dia kurang sikit."

Kami:
"Takpe. Jaga abang elok-elok ye." dalam hati, laaaaa, orang gila rupanya!!!

Tak pasal-pasal kami bertambah pening. Sudahnya, kami berjaya sampai rumah pengantin pada jam 4.40 petang. Makanan habis! Nasib ada makanan pengantin. Kami bedal je. HAHAHAHA

Thursday, December 17, 2009

Saya taknak banyak...

Saya Nak SEMUA!!!~

Salam. Dalam dunia ni, kalau boleh kita nak semua kan? Memang nampak macam tamak. Tapi itu adalah hakikat sebab kita memang manusia yang sentiasa nak banyakkkkkkkk. Cuma, kadang-kadang manusia ni dia tak sedar. Ada depan mata diabaikan, bila hilang, sibuk-sibuk nak cari kenapa?

Oke, entry ni bukan luahan perasaan pun. Saje nak berbincang dengan semua blogger. Persoalannya, kenapa kita susah sangat nak luahkan perasaan pada seseorang? Nak cakap kita sayang kawan kita pun kita segan. Kenapa bila orang tu dah tiada baru kita nak luahkan?

Sebab tu, kita digalakkan untuk beritahu pada orang-orang yang kita sayang, bahawa kita sayangkan mereka. Contoh: "Kakak, adik sayang kat akak!" Boleh kan? Marilah sama-sama kita memberitahu kepada orang orang yang kita sayang apa sahaja perasaan kita.....


.......................................................................................before it's TOO LATE!~





*sekadar gambar hiasan menunjukkan kasih sayang* ^___^

Monday, December 14, 2009

This is a Story of a Girl

*penceritaan agak skema kerana ingin memastikan mutu dan jalan cerita*

Salam. I nak bercerita sikit tentang kisah seorang perempuan. Macam tajuk itulah. 'Gadis ini' saya namakan sebagai T. T seorang yang pandai. T cantik. T boleh dikategori sebagai wanita muslimah. Zaman sekolah, T mendapat keputusan cemerlang. T seperti gadis lain juga. Ingin merasa manisnya bercinta. Semasa T melanjutkan pelajaran ke MRSM, T bertemu dengan seorang lelaki yang berjaya memikat hatinya. Mereka bercinta tetapi jarang berjumpa. Alhamdulillah. Lepas dari fitnah.

T kemudiannya tamat SPM. Meneruskan lagi pengajian dan akhirnya berjaya mendapat tempat di University Auckland. Si Arjuna pula ke United Kingdom. T mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia. Manakala Si Arjuna mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Bercinta melalui internet sahaja. Kalau nak berjumpa perlu ada duit yang banyak. Jauh tu UK dengan New Zealand.

Sesudah Si Arjuna menamatkan pengajian, mereka berjanji untuk mengikat hubungan mereka dengan bernikah. 2 minggu sebelum bernikah, T pulang ke Malaysia untuk membuat persiapan. Tepat pada hari pernikahan, mereka pun bernikah pada jam 10 pagi.

Namun, pada jam 11.30 pagi, Si Arjuna yang telah bergelar suami ingin pulang ke rumah bersama kedua ibu bapanya untuk persiapan lainnya. Tepat jam 1.05 tengahari. T mendapat berita tentang kemalangan Si Arjuna bersama ibu dan bapa mertuanya yang baru sah 3 jam yang lalu. Mereka semua disahkan meninggal di tempat kejadian.

Tinggal lah T keseorangan. Menangis. Pilu. Sedih. Sayu. Tragis. Sadis.

To all readers, mari berdoa untuk Arwah Si Arjuna (Mohd Ariff Abd. Kadir) dan ibu bapanya yang maut dalam nahas ngeri Jumaat lalu. I sangat sedih semasa menaip kisah ni. I menangis depan laptop. I doakan T (Teh Affifah Shahirah Abd Hamid) sentiasa tabah. Percayalah, ada hikmah di sebalik semua ini.

Al-Fatihah.

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Mengapa Usah di Tanya

..... Mengapa Kenapa oh Tiada Bezanya .....
(peewiit, suara mcm Dayang Nurfaizah umur 3 tahun. hahaha)

Salam semua~ Tahu tak siapa yang suka collect duit berdasarkan nombor? Macam suka kalau duit tu ada nombor cantik? Tak tahu nombor duit? Ala, macam ni:-


I memang nak cari siapa yang suka kumpul nombor kat duit ni. Sebab I ada duit RM50 yang mempunyai no yang memang cantik!!~ Sebenarnya, I memang tak tahu kenapa diorang sangat suka mengumpul duit dan excited dengan nombor yang menarik tu.

Ada satu ketika tu kan, time I on the way nak ke Shah Alam. Kebetulan pulak Touch n Go tak bawa. So, nak bayar cash. I pun keluarkan duit kertas RM 1 sebanyak 2 keping. Time dekat kaunter tol, kawan I belek duit tu dan nampak nombor sangat cantik. Sanggup dia suruh akak tu tunggu sekejap nak cari duit lain sebab tak nak bagi duit tu. Apakah?

Jadinya, kalau anda ada kawan yang memang mengumpul duit kertas ni, I nak jual duit RM50 I tu dengan harga yang bersesuaian. Sebab memang nombor dekat duit I tu cantik. I percaya kalau Chinese mesti nak beli. Hehehe.

Kenapa I nak jual? Kenapa Mengapa Usah Ditanya... ^__^

Friday, December 4, 2009

tak terer tapi nak jugak join

Salam. Nak tahu tak? 19 Disember nanti adalah 'birthday' kawan I. Nama dia Ween. Kenal tak? Tak kenal buat-buatlah kenal. I dah 18 hari berfikir nak bagi dia apa untuk bithday nanti. Sebenarnya, I ingat nak bagi dia pakej percutian ke Langkawi. Tapi, I ada satu tiket je. Tak kan lah dia nak pergi sendiri pula. Lepas itu, I nak bagi la dia handphone. Tapi, I tak ada duit. Macam mana?

Setelah puas I fikir selama 18 hari 12 jam, I pun mendapat satu idea menarik. Memandangkan I memang tak mempunyai duit yang cukup untuk memberi dia hadiah yang mahal, I hanya mampu bagi ni je;

(klik untuk menjelaskan pandangan anda~)

Ha, ni je la yang I mampu bagi; 'Simple Birthday Card'!!!

I akan laminate kad ni and post kepada Ween. I ada 5 sebab kenapa I nak bagi this present dekat Ween;

  1. I tak pandai nak pilih hadiah. Nanti dia tak suka pula.
  2. I tak mampu nak bagi hadiah yang mahal.
  3. I nak bagi sesuatu yang dia boleh simpan and ingat I.
  4. I nak dia hargai persahabatan walau dengan siapa pun.
  5. Supaya Ween sentiasa tersenyum tengok kad ni sebab kad ni ada gambar-gambar Ween yang comel.
Done! I harap sangat Ween akan suka hadiah ni. (Gambar kat atas ni tak clear. Yang real punya sangat clear and cantik. I suka! Tak sabar nak bagi Ween)

------------------------------------------Tamat------------------------------------------

Untuk pengetahuan semua, entry ini khas untuk contest kat blog Ween. Kalau nak join, sila klik sini. Entry ni cuma karangan biasa je. Nak memeriahkan contest sahaja. Tapi, kalau ada rezeki, InsyaAllah kan? *wink*

Thursday, December 3, 2009

If it is so simple, DO IT!!

Salam. Oke, sudah selamat post semua hadiah. Kalau dah sampai nanti sila-sila la inform oke.

-------------------Tutup kisah contest.---------------

Lately ni, I macam sangat teruja nak update blog. Bukan ada cerita menarik pun. As usual, I ni kan suka berkongsi dengan blogger-blogger lain tentang informasi informasi menarik. So, kali ni, I baru dapat satu info yang memang I nak sangat share dengan semua blogger.

SMILE @ SENYUM

Satu perkara yang sangat mudah. Anda hanya perlu menggerakkan sedikit bibir anda agar kelihatan manis, dan anda dah dilihat sebagai 'sedang tersenyum'. MUDAH! Then, kenapa masih ada lagi manusia yang susah sangat nak senyum? Ok, I faham, kalau senyum sorang-sorang orang anggap gila pula kan. Tapi, kalau dah namanya jaga kaunter, then ada orang datang nak bayar, salah ke kamu senyum pada orang tersebut? Perlu ke menayangkan muka yang macam nak telan orang itu?

Senyum itu indah. Tahu tak orang yang tersenyum tu hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka ketika kamu kerutkan dahi. Jadi apa lagi? Senyumlah!

Ok, sebenarnya I agak marah dengan beberapa orang yang tak tahu atau pura-pura tak tahu faedah senyum ni. Dah namanya jaga kaunter bayaran, TOLONGLA SENYUM! I pergi one so-called-hypermarket ni. Seorang perempuan cantik jaga kaunter. Tapi muka memang tak senyum. Ok, I faham mungkin dia tak pandai nak senyum atau memang semulajadi muka macam tu ke hape kan. But at least, bila customer senyum kat kamu, senyum la balik. Sebab memang sepatutnya ORANG YANG JAGA KAUNTER MESTI BELAJAR UNTUK SENYUM PADA CUSTOMER!!! Betul tak? Betul betul betul... T_____T

So, mari senyum. Senyum kan boleh turunkan suhu kemarahan. Senyum juga kurangkan darjah kesedihan. Senyum tak boleh dibeli tapi sangat berharga. Dan, SENYUM itu Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W. =)

Mari la senyum.

Monday, November 30, 2009

siapa nak present?

salam. harini, I mendapat MOOD yang baru. I berazam nak update blog setiap hari. fuiyoo... oke, I tipu. mungkin setiap dua hari kot. I memang sangat semangat untuk update blog sekarang. I nak kongsi macam-macam cerita dengan semua bloggers yang disayangi!!~

First of all, TODAY ADALAH TARIKH TUTUP UNTUK CONTEST CERITERA-CHENTA!~ So, ada 12 penyertaan semuanya (ramai yang segan send thru email je ye?). Daripada 12 tu, I suppose to pilih 2 orang kan? Tapi, I nak pilih 4 yang terbaik! Tepuk tangan tepuk tangan!!
Senarai pemenang dan link kisah mereka:-

Ms. Independant
Sir Aneep
Miss Suhaina (dihantar dalam email)
Mr.Chenta

So, I akan hantar hadiah kat semua oke!! (Tepuk Tepuk~~)

Yang kedua, I nak lancarkan satu lagi contest. Tapi, kena tunggu okey. Okaylah, sampai sini dulu I nak membebel. Again, tahniah pada yang menang!!! ~___~

Sunday, November 22, 2009

nak delete blog la mcm ni..

salam. hye, sejak dua menjak ni, memang jarang sangat berblogging. maklumla, dah keje. kat ofis blogger ni kena block. tu yang menyukarkan sebenarnya. hehe. I tahu, ada yang kata, I buat blog sekadar melepas batuk di tangga. bukan macam tu. I sebenarnya memang suka menulis and mengarang.

I memang dah sangat lama dalam dunia blog. before this I ada blog tapi blogdrive. Blog tu wujud since 2004. Start tahun ni baru I menceburi Blogger. I tak suka letak story yang beremosi. I lebih suka sistem 'sharing'. Macam I suka letak kisah-kisah yang jarang orang dengar.

I buat contest pun tak ramai join. Ok, I admit hadiah dia memang la tak lumayan mana (Ferrero Rocher koott) I saje cuba nasib. Manalah tahu, ada yang nak join. And I sangat berterima kasih kepada yang dah join. Ok, I sedar, blog I tak la popular mana. Tak ramai pun komen and bagi feedback. I dah cuba lawat blog semua orang at least 2 hari sekali. Just I tak tinggal nota kaki je. Believe me, setiap blog yang ada dalam list I, mesti I akan lawat at least seminggu sekali.

I bukan nak luahkan perasaan ke apa. I just suka-suka hati nak bercerita. blog I kan. hahaha. Apapun, terima kasih kepada yang support. I akan cuba buat yang lebih baik ke arah blog yang cemerlang! (poyo!)


p/s: Sesiapa nak komen untuk kebaikan blog ini, dipersilakan. Ha!! JANGAN LUPA JOIN CONTEST. PENYERTAAN MASIH DIBUKA!!! KLIK SINI UNTUK CONTEST!!!~__~

Thursday, November 12, 2009

Let's have fun!~ Contest contest contest~

"Mungkinkah, bila ku bertanya, pada bintang-bintang.
Dan bila, ku mula merasa, bahasa kesunyian."

Ah, itu intro sahaja. Nanti kalau letak lirik yang penuh, ada sahaja yang kata I gedik. So, I letak dua baris sahaja. Cukuplah buat masa ini kan. I nak mintak maaf dengan semua pembaca sebab i dah lama tak update dan jenguk blog orang. Ok, I tebus dosa sekarang. Sekarang I buat. Well, I sebenarnya sedang bermurah hati ingin memberi hadiah kepada pembaca yang comel sekalian. Hadiah adalah seperti berikut:


credits to aiflorist


Memandangkan I nak bagi hadiah ini, pembaca semua mestilah buat sesuatu untuk I. Ok, kalau namanya contest, mesti ada syarat. betul tak? jadinya, sila scroll ke bawah untuk syarat-syarat penyertaan (ada yang nak sertai ke? hahaha)

  1. Terbuka kepada semua wargablog yang berminat

  2. Anda perlu mengarang sebuah cerita kisah CINTA (antara manusia dengan manusia ke, antara pensel dengan pen ke, apa-apa pun tidak kisah. asalkan ianya sebuah cerita CINTA) TIDAK KURANG dari 135 patah perkataan dan TIDAK LEBIH dari 150 patah perkataan.

  3. Cerita mestilah asli. Kalau tak asli, I jemput Inspektor Chika buat siasatan. Huhu..

  4. Semua hasil cerita perlu dipublish dalam blog anda dengan tajuk "Contest Ceritera-Chenta". Anda perlu menyertakan gambar tentang kisah Cinta itu. (Kalau kisah kuali dan senduk, haruslah ada gambar kuali dan senduk) jangan lupa, letak banner express seperti di bawah syarat-syarat ini sekali tau!~ (tak cantik pun tak kisah. I buat edit edit 5 minit sahaja. Tak cukup masa!) And link kan ke entry ini!

  5. Selepas itu, sila inform I kalau anda dah publish. Inform dalam comment boleh, kalau nak email pun boleh. (dearie_fana[at]yahoo[dot]com) tapi macam lagi best kalau anda comment. So, pembaca lain pun boleh baca kisah anda tu.

  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 30 NOVEMBER 2009

  7. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti anda. 2 pemenang akan dipilih dan akan mendapat hadiah yang tersebut!

  8. Pemenang akan di beritahu secara senyap. Hahaha. Nanti I akan war-warkan oke. Jom ajak kawan-kawan blog JOIN!!~



    Apa lagi? Mari sertai I sekarang. Selamat bercinta~~~

p/s: Kalau ada yang tak makan coklat macam I, bagitahu dekat I. Nanti I akan tukar hadiah dengan nilai harga yang sama. Peace!!~

Wednesday, October 28, 2009

Makan-makan-makan dan makan lagi.

salam. sepanjang bulan ni, hati berfikir, mana la nak belanja mama and ayah makan. dah plan dah. sangat banyak list. maklumlah, gaji pertama, macam sangat excited lah kan nak belanja makan. planning nak bawak dekat Cheng Ho. semua cakap sedap. Ala, kedai Amy Search tu. Makanan sedap. Harga pun boleh tahan. hah, layan gambar kedai.


Seterusnya, Chop 'n' Steak. Makanan sedap. Harga sangat reasonable! And sangat la teringin nak makan kat situ. haruslah kan cuba makan di tempat yang diberitahu sedap. nak tengok gambar? silakan.. :)


INI KEDAINYA~


Chicken Cordon Bleu!~


Grilled Lamb Chop~

Selain itu, ada lagi satu kedai makan. Seafood. Yang mengancam, Ikan Bakar!! sangat sedap. pernah makan dekat situ. memang I suka sangat. And I percaya my mum and my dad will love it! Tapi dah try search, tiada gambar. hehe. Oh ya, kedai itu di Seri Gombak...

Last but not least, nak bawak mama and ayah makan ayam Penyet!!~ Simply delicious.

ini ayam penyet~

Kesimpulannya, banyak sangat tempat nak bawak my mum and my dad. I can't choose which one. terlalu heaven~

but, I got news that my salary this month dapat half je. sebab gaji dikira setiap 15hb. dah i start kerja 1hb. so, sampai 15hb sahaja yang dikira. yang 16-31 itu akan dimasukkan ke bulan hadapan. bring forward semua. AND!!! OT pun bulan depan. sangat sedih! Macam mana nak belanja my mum and my dad? There goes my dream.............

Thursday, October 22, 2009

owh, dah boleh kawin

salam. kadang-kadang kita kurang sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. pejam celik pejam celik, dah pun setahun dari tarikh keramat ini. bertambah lagi usia i. sejak dah bekerja ni, i sendiri lupa tarikh lahir i. bukan apa, too occupied with works. sampai i sendiri tiada masa nak memikirkan tentang life i.

apapun, i bersyukur dengan life i sekarang. urm, dah umur 22 ke? muda lagi rasanya. boleh merengek-rengek lagi mengadu kat kawan rapat yang hati sedang kecewa. what a bad birthday present. hahaha.

orang dulu-dulu, umur 22 ni, dah kawin tau. sekarang pun ada. rezeki masing-masing. selagi i belum bekerjaya, selagi tu kot belum nak kawin. lagipun, belum sampai jodoh. kalau dah sampai, ha, esok jugak i nikah. bersanding nanti pun takpe. hahaha. eh, bukan ke tengah bercerita tentang anak gadis berusia 22 tahun tadi? kenapa sampai kawin? T________T

oh ya, kepada semua rakan blogger, tepat 12.01 minit malam, tepatlah tarikh 23 oktober 2009, i dah pun melangkah ke umur 22 tahun. apa lagi, bagilah apa-apa untuk i. hehehe. doakan yang terbaik untuk i ye semua blogger. sayang semuaaaaaaaaaaaaaaa...!!!~ MuahXxx!!!~



p/s: agak-agak, 'dia' ingat tak? hurm.

Tuesday, October 20, 2009

kalau hati dah sayang....

.... nak buat macam mana?

erm, lately ni merindui seseorang. of course rindu kat semua blogger but at the same time i rindu dekat someone. lagi-lagi sejak dia mengaku yang 'let's be friend je'. lagi la i tak keruan. semua benda yang i buat, i akan ingat dia. i dah cuba untuk lupakan dia. but seems i had failed. i can't.

i suka dia bukan sebab rupa. i suka dia bukan sebab harta. i suka dia bukan sebab kata-kata manis dia. i suka dia sebab dia adalah dia. and i boleh jadi diri i yang sebenar kalau i dengan dia. takyah nak cover-cover jadi gadis pemalu sopan santun poyo gedik ah. hahaha.

susah nak bincang tentang feeling ni. sebab hanya orang yang rasa je boleh tahu. nak hilangkan rasa sayang? mungkin setahun, dua tahun, sepuluh tahun, bergantung.

pada anda?


Wednesday, October 7, 2009

selsema

Bila kita dah lama tak kemas rumah, rumah kita akan berhabuk kan? betul tak?
bila berhabuk, kita akan selsema! saya sedang selsema sangat ni.. bersin!!

tahu tak sebab apa? sebab, blog ni berhabuk. tu yang selsema dan bersin sahaja. masalahnya, tak cukup masa nak update. aduiii... semua blogger, tungguuuu.. sabar ye. akan i update secepatnya!!! rindu anda semuaaaaaaaaaaa... muahhxx!!!~

jangan nakal2!!!

Tuesday, September 29, 2009

apa yang anda tidak tahu?

salam kepada semua pembaca yang setia membaca walau terasa sangat bosan sebab tak ada post baru yang menarik urat belikat anda untuk terus tertawa. i pon bosan sangat bila tidak ada post yang menarik untuk dipersembahkan. tetapi, setelah mendapat mood dan tenaga yang baru, i sangat teruja untuk menaip papan kekunci yang agak berhabuk lama tak guna ni.

seperti biasa, dalam minggu-minggu raya semacam ini, kita haruslah bertandang ke rumah saudara mara, rakan taulan, musuh pon boleh juga. dan seperti biasa, kita akan makan kuih raya. macam wajib pula nak rasa kuih raya. itulah uniknya raya! oke, berbalik kepada penceritaan, kita sering mendengar nama kuih raya yang biasa bagi kita. namun, ada sesetengan kuih raya, biasa bagi kita, mungkin pelik bagi orang lain. biasa bagi orang lain, namun pelik bila kita mendengar.

sebagai contoh, KUIH DERAM. di Johor kami panggil deram. tetapi, datang ke Selangor, pakcik yang menjual kuih ni kata, ini KUIH TELINGA KERA. erkk? kenapa? oke, mari abaikan persoalan mengapa tersebut. mari lihat dari segi keunikan nama. makanan yang sama, dipanggil lain di negeri berlainan. Unik kan Malaysia.




inilah kuih DERAM!~

Seterusnya, Kuih Lidah Kucing. tak pernah dengar? Lidah buaya? Tiram? ha, kuih ni sangat sedap. memang mempunyai bentuk seakan pokok lidah buaya itu. tapi family i panggil lidah kucing. ada yang panggil Kuih TIRAM.


ini pula Kuih LIDAH KUCING!~

pernah dengar kuih teropong? ala, popia kecik tu. kami panggil teropong. anda panggil apa pulak? hehehe. seronok tau bila kita mendapat tahu tentang nama-nama baru kuih ni. sebenarnya, bukan nama baru pun. nama lama. cuma kita baru tahu. mungkin dekat negeri lain, nama nya lebih berbeza lagi kan. sebab tu la kita kena kongsikan. baru la dapat belajar perkara-perkara baru. tak la kekok kalau ada orang bertanya.

ini BISKUT TEROPONG!~


ha, KUIH SAMPAN!! ada yang panggil Biskut Kapal. i panggil biskut SAMPAN. comel. macam sampan juga. kalau dekat negeri lain, mungkin ada yang panggil Topi kot. pernah dengar orang sebut Biskut Topi. macam-macam nama ada. tu yang rasa macam Uniknya Malaysia ni.


ini biskut SAMPAN!~

kenapa i sentiasa kata Malaysia unik? sebab, kalau Spageti Bolognaise, dimana-mana negara pon panggil nama yang sama. Kalau Fish and Chip, Chicken Chop, di mana-mana pun tetap nama begitu. Tapi, kuih dan biskut, dalam Malaysia sendiri nama berubah-ubah. kan Unik!

p/s: Malaysia memang BEST!!~

Wednesday, September 23, 2009

dalam kenangan

salam Raya!!! oke, semua macam busy gile update tentang gambar raya and cerita bahagia gembira semua perasaan pun ada sepanjang raya yang baru hari keempat ni. i akan update, later! sebab macam malas nak update sekarang. ni pun lepak kat kopitiam jap on wireless. kalu tak, jangan la harap nak dapat bukak blog comel ni.

semalam gi mersing. rumah makcik, pakcik, saudara mara terchenta. eh, kata taknak update tentang raya. eh, bukan nak cerita pasal raya. nak imbau kenangan sahaja. sila teruskan sesi pembacaan. i masa kecik suka kejar ayam. asal balik kampung, kejar anak ayam. nak buat macam mana. mereka sungguh comel.

so, kat rumah makcik, anak dia yang sulung dengan selamba cakap, 'budak ni la dulu kejar ayam kan? dah besar panjang dah. kejar apa pulak sekarang?' peh, pandang kiri kanan, semua gelakkan i. sungguh la malu. ala, biasala tu. kanak-kanak riang. yang lagi best, sorang abang saudara, 'eh, ni budak gembeng tu kan? sekarang gembeng lagi tak?' hehe. memang pun. i masa kecik memang gembeng. sikit sikit nak nangis je keje.

walau apapun yang telah berlaku, itu kenangan i. benda yang akan diingati sampai bila-bila. kenangan indah suatu masa dulu. apa kenangan best anda semua?


p/s: rasa nak kejar itik!!~

Sunday, September 13, 2009

MEREPEK

mOod i HaPpy!~


salam. oh, sangat lama tidak update blog comel ini. rasa seperti berada di kutub utara kerana kesukaran menggunakan laptop dengan LCD. guess what? MY LAPTOP DAH OK!!! hah, sumpah happy. sebab i da dapat menaip dengan perasaan riang gumbira ibarat esok sudah hari raya. merepek.

memandangkan ada yang komen entry i susah nak baca, kena highlight dan sebagainya, NAH! i bagi template baru. hehe. susah jugak. sebab kena edit semua widget. semua terdelete masa nak install template baru ni. tapi tak mengapa, kerana pembaca comel sekalian, i sanggup. asalkan, anda happy baca blog comel ini. aih, banyaknya perkataan comel.

i dah dapat buku Firol!! minggu lepas lagi dah sampai. tapi i tak dapat update. so, now i nak update. tanks Firol! eh, kepada yang tidak tahu, Firol adalah owner blog KONOTASI.

ha, tinggal berapa hari lagi nak beraya. dah siap baju raya? kasut raya? langsir raya? duit raya? haha. i tak siap apa pun. baju je yang ada. lain tak perlu kot. sebab macam membazir je kalau tukar langsir. mama i kata langsir oke lagi. jangan membazir. sila faham. kepada sesiapa yang rajin, baik hati, comel, cantik, hensem, menawan, charming, adorable semua la, BAGI LA I DUIT RAYA!!

oke, ini yang dinamakan entry merepek. sekian.

Tuesday, September 8, 2009

Laptop sedang merajuk

salam. waaaaaaaaaaaaaa... sangat sedih. LAPTOP MERAJUK!!! boley on. tapi skrin kosong. nak tau cemana i menaip? i guna LCD projector!! pakai ayah punya. time dia tak ada kelas, ambil LCD dia, on! first time rasa menaip dan tengok skrin besar macam ni. waduhh.. macam dlam kelas je.
inilah LCD yang digunakan. hehehehehe

ha, kepada semua blogger tersayang, i perlu bantuan semua.

SILA KOMEN LAYOUT BARU BLOG INI... TOLONG-TOLONG!! BANTUAN ANDA AMAT DIHARAPKAN. JUJUR YE.

terima kasih semua.

Thursday, September 3, 2009

Lempeng oh Lempeng

macam biasa. gambar ini tiada kaitan dengan entry.
sekadar mencuci mata penambah perisa sahaja. ehehehehe.

salam Ramadhan. siapa tahu LEMPENG angkat tangan! bagus bagus. barulah anak Malaysia makan lempeng. siapa tak tahu lempeng, sila mengaku macam tahu. hahaha. harini masak lempeng. tu yang macam sangat la semangat nak bercerita pasal lempeng dekat semua pembaca yang comel comel belaka.

lempeng adalah sejenis makanan yang tradisional sebab ia bermula dari zaman merdeka lagi. tradisional la tu kan. lembut. SEDAP SEDAP SEDAP. dulu masa arwah nenek ada, dia sangat suka makan lempeng dengan ikan masin je. memang terangkat la! arini, masak asam pedas ikan. cicah la lempeng tu. peh, memang sangat SEDAP sehingga lupa nak ambil gambar. Hahaha. jangan risau, akan ku google sebentar lagi.

selain lempeng yang berperwatakan menarek lagi tertarik kau memang de bomb itu, ada lagi sejenis makanan yang tak kurang comel dan sedap nya. ia diberi nama ROTI JALA. (eleh, describe bukan main. roti jala je?) eh, jangan la under estimate i. i pandai tau buat roti jala. bila la nak makan roti jala.

oke, roti jala ni bentuknya macam jala (dah nama pun roti jala). warna kuning comel. semuapon comel. enak dimakan dengan lauk kari. lagi SEDAP kalau makan bersama ayam kari bercampur kentang oh sedapnya mama buat jom!!
haaaaa.. dah google dah. nah tengok puas-puas.


ini adalah LEMPENG. sedap kan? jomla buat lempeng ramai-ramai.
pastu anta kat i sikit eh. hehehe.

ha, ini la roti jala. berbentuk jala menangkap ikan di lautan luas.
memang SEDAP sangat dimakan dengan kari ayam campur kentang.
apa lagi?? jom makan!!

Monday, August 31, 2009

Apa Kata ANDA?


salam semua. MERDEKA!! apa itu Merdeka? i memang kurang mahir dalam mengintepretasikan sesuatu tu dalam bentuk tulisan. sebab i takut orang tak faham. yela, i kan suka merepek sikit kalau dalam blog. secara mudahnya, Merdeka adalah suatu anjakan paradigma yang memajukan sesebuah negara bangsa dan rakyat negara itu. tapi, kalau dah Merdeka masih lagi buat kerja tak senonoh? tak payah la berlagak Merdeka ye.

I bangga jadi anak Malaysia. Malaysia negara yang aman, permai, berbilang bangsa. semua bangsa boleh duduk sebumbung, berborak di kedai kopi. tak pentingkan diri sendiri. kan indah Malaysia ni.

kepada yang masih tak faham erti kemerdekaan, sila lah layari laman web yang boleh membantu anda memahami erti kemerdekaan. cewahhh..
okelah, akhir kata dari penulis, MERDEKA!!




p/s: template baru ni oke tak?

Friday, August 28, 2009

Jom Main Teng Teng!!~

salam Ramadhan. pernah tak dengar tentang permainan teng teng? tak pernah? kesiannya. oke, TENG TENG ialah sejenis permainan tradisional yang menggunakan kaki untuk melompat-lompat dari satu kotak ke satu kotak dan kadangkala memerlukan kaki yang panjang jika terpaksa melompat jauh. fuh. panjang betul ayat. skema lak tu. ahaha. sila faham sekarang apa itu teng teng. dulu kan, mase budak-budak la kan, i pon main teng teng. seronok! baling batu macam pro lepas tu lompat-lompat la. lukis pakai kapur atas simen depan rumah, lepas main kena basuh nanti mak bising aiyoo taktau.


ini adalah TENG TENG. main teng teng pon ada strategi tau.
ingat main counter strike je ada stategi? eleh.

oke, seterusnya, main KONDA KONDI! seronok! lagi-lagi kalau balik kampung. main dengan sedara, sepupu, dua pupu, kupu-kupu. merepek. kalau sesiapa yang tak tahu permainan ni, jangan segan-segan bertanya kepada Uncle Google ye. i tak mahir sangat nak cerita pasal permainan ni. sebab main je ikut orang masa kecik-kecik COMEL dahulu. heh, perasan ah!

comel comel. jom main konda kondi. siapa nak masuk kumpulan i?

Selain tu, i main congkak! ye, CONGKAK! siapa tak tahu congkak dia memang bukan anak Malaysia ah. main congkak ni memerlukan kreativiti juga. Matematik kena la pandai dapat A masa sekolah rendah darjah tiga pun cukup la. kena kira betul-betul guli tu nak masuk mana. lagi best kalau berhenti dekat lubang kosong depan tu ada lubang lawan kita yang penuh, peh, memang syok arr rembat guli dia. mesti terkesima lawan kita tu sampai rasa nak berlari-lari keliling padang sekolah. oke,merepek.




sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dengan penulis, keluarga penulis mahupun kupu-kupu penulis. jangan main dengan makcik-makcik. mereka hebat!

ha, masa zaman tadika dulu, i pernah main permainan yang sumpah COMEL. yela, semua pun nak comel kan. permainan ni ada lagu. macam ni.

Ola Oli, diberi nama
Saudara saudari
cikebum cikebum
malam malam hari
siang siang hari
disko disko ...
bla bla bla tak ingat

ha, siapa pernah main? meh jadi geng i meh. hehe. yela, budak-budak zaman sekarang terutama yang dekat bandar, tak pernah main dah permainan macam ni. ada yang umur 7 tahun mak dengan ayah dah ajar main bowling. hebat tu. walau macam mana pun, hiduplah permainan tradisional untuk blogger! eh, merepek lagi.



ni la permainan budak-budak zaman sekarang. tak best tak best. tak berkembang langsung minda. baik main congkak. ada matematik. baik main teng teng. badan sihat.
akhir kata, HIDUP TENG TENG!!~

Tuesday, August 25, 2009

Juadah Berbuka!~


air di atas tiada kena mengena dengan entry. sekadar penghias muka depan.


salam. oke, entry kali ini sangat pendek. jangan khuatir. anda hanya perlu membaca sambil tangan scroll ke bawah dan nikmati entry ini secara halus dan saksama sambil mengingat bahawasanya anda sedang berpuasa ye. apakah ayat sebegini tak cool langsung.

sebenarnya, excited nak berkongsi dengan semua pembaca. (ceh, macam ramai je yang bace blog ni. jangan perasan ye cik penulis.) pada hari pertama berpuasa, i telah memasak untuk mama and ayah terchenta. waahh. harini baru updet? biarla. bole kongsi 2 jenis masakan sekaligus. hari pertama berpuasa, and hari kedua berpuasa. oke, mari semak masakan i yang menjadi sebutan mama and ayah and beberapa orang yang sempat merasa makanan ini sebelum ianya habis. i ulang. HABIS.
hari pertama Ramadhan, i masak LAKSA JOHOR! rindu sangat dah nak makan laksa Johor ni. so, masak la. dengan dibantu oleh mama (mama direct bahan ape yang perlu guna), i dah berjaya masak laksa Johor!! yeayy! siapa taktahu macam mana rupa laksa Johor, ha, jeng jeng. ni la Laksa Johor my all time Favourite!


Laksa Johor ni, kalau orang yang first time makan, mungkin tak berapa berminat lah kot. but bet, siapa anak jati Johor, memang akan suka bangat dengan laksa Johor ni. heh, bulan puasa letak gamba makanan macam ni memang mengujakan lah.

oke, setelah laksa Johor tersebut LICIN, (ramai tau yang dapat merasa), dengan bangga dan excitednya, i nak masak untuk second Ramadhan. yela, bulan Ramadhan macam ni, apa salahnya berbuat pahala. berkongsi makanan dengan rakan-rakan dan jiran tetangga. seronok bila dapat bagi-bagi makanan kat kawan-kawan. jadinya, untuk hari kedua Ramadhan, i masak satu lagi makanan orang Johor yang dah popular di seluruh Malaysia. it is, SOTO!!




as for me, i suka MIHUN SOTO. tak pasti kenapa, tapi i memang sangat menggemari Mihun Soto. kalau bukan anak jati Johor, memang taktahu resipi sebenar soto ni. sebab yang dibawa ke merata Malaysia ni dah bukan resipi sebenar Johor. kadang-kadang ada kedai jual soto macam sup kosong je. NOT GOOD! sesiapa nak resipi, sila post link blog dalam comment. nanti i bagi. mama pula rasa nak minum air Kathira. so, dengan menggunakan bahan yang susah nak dapat di Selangor ni, (i bet orang Johor je kenal air kathira. kan?) mama buat jugak air kathira. SEDAP! Totin, jangan jeles!


AIR KATHIRA!! nyum nyum. oke, sangat sedap. oke, entry kali ini mungkin agak gedik sebab semua pon nak makanan Johor la ape la kan. well, bukan apa. kan dah beritahu dari awal. i just nak berkongsi dengan semua pembaca yang sweet sekalian. sesiapa nak cuba air kathira, sila la ke Johor. ehehe. Selamat Berbuka Puasa dan Berterawih!~

Wednesday, August 19, 2009

Kerana Aku Perempuan dan Kau LELAKI

salam. wah, tajuk entry nak best je. biasalah, kalau dah gadis comel menaip tajuk mestilah nak best sahaja seperti coklat Daim rasa best nya. baiklah. berbalik kepada tajuk entry yang semacam menarik itu (perasan), bacalah surat cinta di bawah dari seorang perempuan kepada seorang lelaki.

Saudara,

Saya dah lama perasan saudara. saudara yang selalu lalu lalang depan kedai handphone tempat saya bekerja ni kan? mengapa saudara terhendap-hendap sahaja? masuk sahaja lah kalau mahu bertemu. tak susah bukan. mengapa harus malu-malu? yang seharusnya malu itu adalah kaum perempuan.

Saudara,

Di bank semalam, saya perasan saudara lagi. saudara tertoleh-toleh ke arah saya. mengapa saudara tidak tegur? saudara malu? atau saudara mahu saya menegur dahulu? mengapa saudara tidak mahu digelar 'gentleman'? untuk pengetahuan saudara, saya suka lelaki yang gentleman. yang tahu memikat dengan kata-kata. kalau saudara malu, saudara menulis lah kepada saya. seperti apa yang saya lakukan sekarang ini.

Saudara,

Saya berharap agar saudara membaca surat ini dengan perasaan bersalah kerana tidak menegur saya dahulu. sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Seorang Perempuan.


oke, sebenarnya, nak bagi sedikit tips kepada lelaki.
1. jadilah lelaki yang 'gentleman'.
2. jangan harapkan perempuan untuk tegur dahulu.
3. ketahuilah perempuan memang akan JUAL MAHAL pada awalnya.
4. perempuan memang PEMALU. sila faham sekarang!
5. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna. Sekian.

Monday, August 17, 2009

Kenapa Banyak Tanya?

kanak-kanak suka bertanya soalan yang kita sendiri taktahu macam mana nak jawab.
betul tak? contohnya, "Macam mana nak tengok hari esok?". oke, mungkin ada yang fikir jawab sahaja, "Tunggu je la esok" atau "Tidurlah, nanti jumpa hari esok". Tetapi, sebenarnya, minda kanak-kanak bekerja lebih dari orang dewasa. mereka akan mencari soalan lagi dan lagi dan lagi sehingga kita tidak boleh menjawab.

Jangan ambil mudah persoalan yang diajukan oleh kanak-kanak. oke, yang merepek itu abaikan lah. yang berupa pengetahuan am, persoalan yang ada jawapan tetapi tidak tahu bagaimana nak jawab, kita kena jawab dengan cara yang mereka fahami.

TETAPI!!!

Ada soalan yang kita memang tak dapat nak jawab. Sebagai contoh,


"Kenapa bas sekolah warna kuning? Kenapa tak buat warna merah ke, putih ke, hijau ke."

Siapa boleh jawab, sila beri jawapan sekarang!!!

Wednesday, August 12, 2009

Bulan Puasa oh Bulan Puasa

salam. lagi beberapa hari, tibalah bulan Ramadhan. dah ganti puasa ke akak-akak semua? urm, bersempena dengan nak berpuasa ni, hendak memberi hadiah sedikit kepada semua pembaca setia blog yang comel seperti tuannya ini. apa hadiahnya? nah, i buat khas untuk semua tau! SESIAPA SAHAJA YANG MEMFOLLOW BLOG INI, TERBACA BLOG INI, JALAN-JALAN DI BLOG INI DIPERSILAKAN AMBIL HADIAH DI BAWAH. kalau sudi tepek di blog masing-masing, apa salahnya. jika tak, ambil sahaja, save dan tatap sebelum tidur oke!


bercerita tentang Ramadhan yang bakal menjelang, ada satu kisah nak kongsi dengan semua. masa Ramadhan zaman Tingkatan 4 dulu, balik je dari sekolah, macam biasalah, salin baju, mandi, solat. ceh, konon bersemangat nak memasak untuk juadah berbuka. mulalah mengopek bawang, siapkan apa-apa yang patut. keluarkan ayam dari peti ais. padahal waktu tu baru pukul 3.30 petang. tak mengapa, semangat sebegini yang kita perlukan. dalam hati dah bangga la nak memasak depan mak dan ayah. rasa nak melaung, 'anak dara ni dah rajin masak! boleh kahwin!' oke, tipu. ayat boleh kahwin tu memang tak boleh blah.

siap je semua bahan-bahan, dah blender semua, dengar ayah balik. ayah panggil mama turun. dan ayat ayah selepas itu amat mengecewakan.

"Siap-siap. Kita berbuka kat rumah abang harini. dia jemput. tak payah masak apa-apalah hari ni ye." (abang itu panggilan untuk abang sulung i)

Sila bayangkan bagaimana perasaan anak dara yang semangat nak masak ni?? huh, simpan balik ayam dalam peti ais dengan rasa kecewa. oke, bye.

Sunday, August 9, 2009

H1N1 - moga dijauhkan!!



salam. entry kali ni agak serius tapi still mengekalkan lawak-lawak yg biase digunakan seperti ayat panjang tanpa noktah yang membuatkan anda terpaksa membaca dengan perasaan menahan marah kepada penulis seperti ayat ini haha sukanya dapat buat ayat begini. hehehe.

oke, kembali kepada entry. first sekali maafla kerana agak lama tidak updet. (4 hari itu dikira lama kan?) agak bz la menjadi MC. bercakap tentang MC, semalam i jadi MC untuk program Jelajah Ilmuwan anjuran Kerajaan Negeri Selangor. oke, i have fun! seronok la dapat menjadi MC di hadapan YB kan. oke, that's not about it. what i want to share is about H1N1. Semua orang dah pasti tahu tentang H1N1 ini kan? semalam, semua orang di WAJIBkan memakai mask. oke, i tipu. i tak pakai pun. sebab i kan jadi MC. kalau pakai mask, nak cakap macam mana. kan? hahaha.

info terbaru tentang H1N1 ni, 28 angka kematian telah dicatatkan. what?? 28? TAKUTNYA!!! persoalannya, kenapa kes semakin meningkat? kan yang terbabit dikuarantin? oke, cuba kita fikir. seorang lelaki yang bergelar ayah telah dikuarantin di rumah. lelaki tu ada anak perempuan. anak dia sekolah lagi. dia pergi ke sekolah seperti biasa. kan ayah dia dikuarantin. kenapa anak dia pergi sekolah? kenapa anak dia masih dibiarkan bermain-main layang-layang oh seronoknya bersama kawan dia yang lain? kalau ayah dia dikuarantin, anak dia pun duduk je la di rumah. ishhHHHhhhhHHhhhhHHhhhh (oke, ini tanda tidak puas hati).

oke, sangat banyak negara yang dah dijangkiti H1N1 ni. siapa tak takut, dia memang tidak normal. siapa yang kata, "kita berserah je lah" pun dia tiada perasaan. memang la ketentuan Allah. tapi, Allah WAJIBkan hamba-Nya berusaha tahu? marila berusaha mencari penawar. memang bukan mudah. sebab itu dinamakan BERUSAHA. kalau tak payah berusaha itu senang. oke, ape i merepek pun dah taktau. yang i tau, virus H1N1 ni terlalu mudah merebak.

see, virus KOTOR ni la puncanya. oleh yang demikian, mari kita sama-sama berdoa agar dihindari dari penyakit yang setiap hari meragut nyawa ni.




semoga dijauhi. AMIN.

p/: SILA PAKAI MASK KALAU GI DATING SEKALIPUN. hahahaha